Selasa, 26 Oktober 2010

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

TARIKH : 24 OKTOBER 2010
HARI : AHAD
MASA : 08.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN SK PENDOK

Pada tanggal 24 Oktober 2010, Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan Pendok.

Beberapa aktiviti pertandingan yang berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan telah dijalankan.

Aktiviti pertandingan tersebut terbuka kepada semua warga SK Pendok.

Aturcara sambutan :

08.00 pagi - Hadirin mengambil tempat
08.15 pagi - Ucapan pengerusi penganjur - Pn. Norma binti Yusof
08.25 pagi - Ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Pendok - En. Che Rameli bin Che Ab. Rahman
08.40 pagi - Acara pertandingan bermula :
a. Bercerita
b. Mendeklamasi sajak
c. Bersyair
d. Berpidato
10.30 pagi - REHAT
11.00 pagi - Acara pertandingan disambung semula
12.30 tengah hari - Upacara penyampaian hadiah
01.15 petang - Bersurai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan